test edit video
HARI INI KAMI TELAH BELAJAR UNTUK MENYUNTING VIDEO MENGGUNAKAN VEGAS PRO 13.0.
VIDEO INI MENUNJUKKAN KECANTIKKAN PULAU MABUL DI SABAH.
Dengan
menggunakan bot laju Pulau Mabul terletak hanya sekitar 15 minit dari
Pulau Sipadan. Mabul adalah sebuah pulau kecil yang berbentuk bujur yang
dipenuhi dengan pohon-pohon palm yang tinggi, pasir putih yang lembut
dan dikelilingi oleh air biru yang kehijauan dari Laut Sulawesi.
Pengunjung boleh berjalan-jalan di sekitar Pulau Mabul yang mengambil
masa sekitar setengah jam sahaja. Terdapat perkampungan orang Bajau di
sekitar pulau Mabul dan sekaligus memberikan gambaran terhadap gaya
hidup tradisional mereka.
Activies In Mabul Island
Pulau Mabul
dikatakan salah satu lokasi fotografi-makro terhebat di dunia. Pulau ini
yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi tidak jauh dari pantai
Sabah dikelilingi terumbu karang yang melandai sedalam 2 hingga 40
meter. Pulau seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan
menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah satu etnik
pribumi Negeri Sabah.
Menyelam skuba adalah aktiviti utama di pulau ini dan selaman boleh dijalankan sepanjang tahun. Antara hidupan laut yang terdapat di sini ialah kuda laut, tapak sulaiman, ikan goby, ikan baji-baji, 'pipefish' dan belut ular. Terdapat lebih dari lapan tapak selaman yang popular di sini di mana setiap satu dengan kelebihannya yang tersendiri.
Aktiviti di Pulau Mabul sering bergantung kepada resort yang pengunjung pilih untuk menginap. Pulau Mabul menyediakan chalets pantai sederhana dan murah sehinggalah banglo yang mahal dan mewah. Banglo yang dibina di atas perairan cetek mengingatkan gaya kehidupan santai Maldives. Antara aktiviti yang boleh dilakukan merangkumi Snorkeling, kayak laut, bola tampar pantai serta berehat di kolam renang atau Jacuzzi.
Cara Untuk Ke Pulau Mabul
Di Semporna tidak terdapat lapangan terbang. Oleh itu, pengunjung perlu menempah tiket ke Tawau dan menguruskan pengangkutan dari Tawau ke Semporna. Pengunjung juga boleh menggunakan jalan laut dengan menaiki bot. Perjalanan menaiki bot mengambil masa selama 30 minit dari Semporna manakala 20 minit dari Pulau Sipadan.
Comments
Post a Comment