TEMPAT PELANCONGAN MENARIK DI MALAYSIA YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI
3 TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA
1.Sailors Rest, Pahang
Jika anda mencari pengalaman bermalam di atas sebuah bot, anda perlu ke Sailor’s Rest Bentong, Pahang. Bot ini boleh memuatkan 2 orang dan mempunyai tempat rehat dan ruang tamu yang tersendiri.
2.Malihom, Pulau Pinang
Malihom Retreat pulau pinang ini letaknya di Balik Pulau dan menawarkan pengalaman bercuti yang menarik dekelilingi pokok-pokok hijau.
3. The Dusun Mantin, Negeri Sembilan
Jika anda ada peluang untuk ke Seremban, cari lah alasan untuk bercuti di The Dusun Mantin. Resort ini mendapat nama “The Dusun” kerana asalnya ia merupakan dusun durian. Pemiliknya menukar dusun ini kepada resort kerana mahu berkongsi keindahan dusun ini dengan orang ramai. Sampai ke hari ini, jika anda berminat, anda boleh mencuba durian yang tumbuh di dusun ini. Rumah Rehat ini diperbuat daripada kayu dan direka dengan elemen modern-tradisional. Tetamu dapat melihat pemandangan hutan lipur semulajadi yang belum pernah disentuh manusia. Supaya suasana resort tidak menjadi terlalu sesak dan untuk menjaga keindahan alam disini, hanya bilangan tetamu yang terhad dibenarkan menginap disini pada bila-bila masa.
Comments
Post a Comment