PER LIS TEMP AT YA NG SE SUAI U NTU K DI KUNJ UNGI ASAL USUL NEGERI PERLIS. Asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal- usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang diketahui:- § Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil , terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu “ Phrau Loi ” ( Maphrau Loi ) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau Perlis. § Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis. § Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namany...
Comments
Post a Comment