tempat menarik di perlis indera kayangan
PERLIS TEMPAT YANG SESUAI UNTUK DI KUNJUNGI
ASAL USUL NEGERI PERLIS.
Asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal- usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang diketahui:-
§ Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil, terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau Perlis.
§ Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.
§ Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di Nusantara iaitu Tok Perlis.
Perlis terdapat beberapa tempat yang cantik untuk dikunjungi seisi keluaga contohnya, gua wang mu,gua kelam,padang besar,taman ular dan sebagainya.
GUA WANG BURMA
TAMAN NEGERI PERLIS
GUA KELAM
PADANG BESAR
Comments
Post a Comment